Wednesday, December 21, 2011

Cerita Tentang Jodoh

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, umur bertambah lagi setahun.. Maknanya, angka itu berubah.. Dari 23, menjadi 24. Itu kalau ikut tarikh lahir. Tapi, kalau ikut tahun, selang beberapa hari lagi umur aku berubah menjadi 25. Aku tak malu dengan umur aku. Mungkin sebagai ingatan buat aku yang kita hidup tak lama. Makin meningkat tahun, makin hampir kita pada kematian.

Di usia aku sebegini, aku masih single. Wah, bukan promote tapi, itu la hakikat yang harus aku akui. Mungkin tak laku (kata mereka di luar sana yang very updated person). Whatever!! Bila tiba ulangtahun kelahiran, pasti tak lepas dari ucapan sebegini : 'semoga cepat jodohnya', 'semoga cepat kawin' dan ade yang advance lagi 'semoga cepat dapat anak'. ~Blushing sekejap. Sebab tak kawin lagi. Hehehe.

Bila orang cakap pasal jodoh ini, aku rasa macam nak mintak orang tengah yang boleh dipercayai merisik Aiman Azlan ke, Mat Luthfi ke, Imam Muda ke, mane-mane la yang sesuai utk aku. (Hahahaa.. Tak leh bla la statement ni). Tak sanggup dah rasa hidup membujang di saat semua kawan-kawan aku menghantar kad undangan perkahwinan. Kuang3.. Rasa tercabar mungkin. Sebenarnya, ingin sekali aku mengikut jejak Saiyidatina Khadijah yang mulakan langkah merisik Baginda Rasulullah. Tapi, aku tak sekuat dan seberani Khadijah. Mungkin sebelum ini tak terfikir dek akal aku yang cetek nih. Tapi, muungkin juga kerana dorongan seorang sahabat yang selalu bermimpi agar ada khadijah melamarnya. Wah!! Kau, nak tunggu je ye.. Tak gentlement.. (Maaf ye, gurau!)


Tapi, aku tahu.. jodoh dan kawin ini bukan macam piece of cake. Yang kita boleh ambil ringan. Persediaan perlu. Mungkin Allah tahu, aku belum bersedia barangkali. Tanggungjawab itu besar. Perkahwinan satu amanah.

Insya Allah, aku tak mahu terpedaya dengan dunia. Manusia sekarang nak cari yang baik saja. Yang macam ustaz, macam ustazah. Jadi, ramai yang nak jadi ustaz, dan ustazah. Di laman FB, Twitter, Blog, semua dah mula mengeluarkan ayat-ayat cinta berbaur Islamik. Profile picture pulak, tak kurang yang letak gambar kartun islamic yang chomel, gambar yang sopan dan sebagainya. Maka, akan adalah manusia-manusia yang tertarik. Lalu jatuh hati. Lantas, mula berkenalan dan menjalinkan satu ikatan cinta yang islamic kata mereka. Indah.. Umpama mawar yang sedang mekar... Cinta di Muka Buku..

Ya Allah, aku tak mahu terlibat dan terjebak. Jika sampai masanya, aku terima dengan redha. Engkau Maha Mengetahui yang terbaik dan sepadan denganku. Bantulah Aku Ya Allah.. Amin..

~Entry ini bukanlah dari seorang ustazah. Tapi, hanya dari aku, manusia biasa yang sedang berusaha mencari sinar, yang tak lepas dari dosa.

6 comments:

  1. speechless but i love this entry..Amien dear =)

    ReplyDelete
  2. Wedding Card? Tq tag? Sticker?
    Smua ada d utusanpengantin.com (^.^)Y

    ReplyDelete
  3. dunia ni ibarat pentas.dan kita pelakon nya.kita pengarah nya.dan kita mencorakkan filem nya.
    hitam,putih kita yg tentukan.
    semoga dlm baik2 saje :)
    kawen jemput tau.peace ;D

    ReplyDelete
  4. Dari hati seorang yang bernama Kartini..

    Adakalanya taqdir yang berlaku, meski kite meminta agar tidak berlaku merupakan anugerah HIKMAH yang ingin Allah mahu kita peljari darinya. ANUGERAH ialah satu ANUGERAH. dan ujian bolehjadi suatu ANUGERAH.

    Tapi manusia yang mendapat ANUGERAH dan melepaskan begitu sahaja tanpa mempelajari,dan memperbaiki adalah hanya mensia-siakan ANUGERAH yang ALLAH rencanakan. Sehinggalah ANUGERAH itu diambil semula, baru lah kita tersedar kehilngan ANUGERAH itu.

    Tidak salah menjadi baik, bertatih semula menjadi seorang muslim atau muslimah. skurang nya jika itu yg mendorong seseorang itu untuk kembali kepada yg ESA. Mudahan itu lah platform mendakap yang Khaliq.


    Akhirnya, ia berbalik pada diri kita sendiri dan juga Pecipta kita.

    Kita mungkin merancang hidup seindah pelangi yang membentangi langit biru, tapi Allah berikan musim kemarau yang kering dan panas. Rupanya sesudah itu, kita dapati ada INDAH di sebalik perjalan dan liku.

    Wamakaru Wamakarallah. Wallahu khairul Makirin.

    Mukhlisah Minni.

    ReplyDelete
  5. slmt hari lahir....
    bukn tk laku tu, tapi belum sampai seru (kata2 utk tenangkan hati sendiri)...:)

    ReplyDelete
  6. zana : ni entry biase je.. :)

    utusanpengantin.com : pantas! baru entry pasal jodoh, dh promote product. Xpe, nnti sy nak kawin sy akan pertimbangkan ye.. :)

    syafiqakarim : yup, semua nya kita yang lakar sendiri. Insya Allah, doakan jodoh sy cepat. Nnti boleh jemput awak.. :)

    Kartini : u always know the right words. Sungguh ia suatu yang indah bila kita ingat kembali, sbb saat tu takkan datang lagi, dan rasa itu hanya sekali.. Thanks kak tini.. :)

    Aishah Jahirah : Mungkin kot.. hehehee. Anyway, thank you.. :)

    ReplyDelete