Wednesday, December 14, 2011

Ketika Marah

Assalamualaikum.

Bila bicara soal marah, siapa yang tak pernah marah? Mungkin marahnya tu terang-terangan, semua orang nampak. Mungkin ada yang marahnya, tak terlalu ketara, tapi masing-masing faham yang empunya diri itu sedang marah.


************
Saya pernah marah. Bukan jarang-jarang, tapi agak kerap. Mungkin kerana tak mampu nak mengawal emosi setelah lama bersabar. Tapi, tidaklah sampai keluar semua jurus dan teknik silat saya. Marah saya hanyalah melepaskan geram hanya dengan kata-kata, atau hanya diam seribu bahasa dan raut wajah yang mencuka.

Apabila kita marah, ramai yang menyarankan pada kita supaya kita bersabar. BERSABAR? BERSABAR? The same thing!!

Persoalannya, bukan mudah untuk bersabar. Berapa ramai yang mampu bersabar? Bersabar itu adalah satu perasaan yang berlawanan dengan sifat marah. Mana mungkin kita dapat bersabar dalam keadaan marah. Lalu bagaimana?

Sekarang saya cuba. Mungkin kalian pun boleh cuba. Saya cuba mengelakkan dari melakukan 'mind chat'. Ape tu? Bercakap dengan akal fikiran saya sendiri. Benar. Bila kita marah, kita akan berperang sendiri dengan akal fikiran kita. Dalam tempoh percubaan ini, saya cuba untuk bercakap dan meluahkan pada Allah.

Segala apa yang saya fikir, dengar, lihat dan rasa.. Semua saya kembalikan kepada Allah. Saat itu, segala rasa dan air mata saya tumpah dengan meluahkan pada Allah. Saya yakin, dengan meluahkan pada Allah, saya akan diberi kesabaran. Saya tidak perlu melawan rasa marah itu untuk bersabar kerana sabar itu akan dianugerahkan Allah terus ke dalam jiwa saya. Dengan itu, saya akan mencapai makna ketenangan.

****************
Ketika kita marah pada seseorang adalah penting untuk kita memalingkan muka ke arah lain. Inilah yang sering saya lakukan. Rasulullah s.a.w telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah.

Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika saya marah sambil melihat muka orang yang kita marah, kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuat kita marah tanpa kita sedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar. Ini yang berlaku kepada saya sekarang. Tapi, saya dalam tempoh percubaan.

Maka, setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa KITA MESTI MARAH apabila melihat wajah mereka.

Kerana itu Rasulullah s.a.w menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat dari Rasulullah s.a.w meminta kita duduk ketika marah. Semuanya berkaitan dengan otak kita. 

************
Komunikasi dengan Allah mampu mententeramkan jiwa saya daripada perasaan marah.

Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah.

InshaAllah. Saya sedang cuba.. Doakan saya.  

5 comments:

  1. fsa pun tak leh menahan marah fisa. lagi2 fsa seorang yang berterus terang.. pergh! memang sakit lah org yang kena marah tu.. haha

    ReplyDelete
  2. emy kalau marah pon mcm tue jugak..diam dan memalingkan muke. tak ingin betol pandang muke org yg wat emy marah tue. nie mungkin cara kite menahan marah kan..lagi elok dr kite mencarut2 kan?

    ReplyDelete
  3. nafisah : ca, self controlling la.. Akk pun kalau marah mmg xleh bla la dik.. Especially kalau akk marah Mr.M.. hahhaa..

    Emy : tu je cara kita spy xnak marah lebih2.. Taknak kuar kata2 tak elok.. Sekurang-kurangnye, kita mmpu didik kita utk lebih sabar kot.. hehehe

    ReplyDelete
  4. yep. sabar bukan lah semudah perkataan nya. nak merealisasikan nya itu.. Hanya diri dan Allah tahu. sbb tu ganjaran sabar, hebat di sisi Allah. tenkiu kak zu. i love you.

    ReplyDelete
  5. Kartini : Yup.. Kita semua sedang mencuba.. Insya Allah, depermudahkan. Love u tooo.. :)

    ReplyDelete