Tuesday, December 6, 2011

LALAT... YE! LALAT.

Assalamualaikum.. Salam Maal Hijrah.

Aku tak nak cerita perihal Maal Hijrah. Sebab aku tahu, dah banyak yang bercerita tentangnya. Dan, kita sendiri tahu tentang sejarah di sebalik makna Hijrah itu. Pastu, bila cakap pasal Hijrah ni, pasti kita tak lepas dari azam baru. (Mentality...) Tahun lepas punya azam pun tak lepas lagi, ade hati nak buat azam baru!! ~ ni untuk insan yang bernama Siti Zuraidah Binti Ismail.

Ok, tak mau pusing-pusing lagi, nak berbalik pada tajuk asal ye. Lalat!

Tadi, aku dengar satu program TV kat TV Al Hijrah. Madrasah Al Hijrah. Ade ustaz cerita sikit pasal lalat ni. Tak aku tahu (mungkin korang semua dah tahu kot) yang lalat ni ade penawarnya.

Bila kita tengok lalat yang banyak kat rumah kita, mesti ade satu rasa yang sangat rimas dan rasa yang sangat nak marah. Rasa macam nak pukul kasi mati semua je lalat-lalat itu. Especially, time musim lalat banyak tu, sampai nak kena pasang perangkap lalat, nak kena pasang lilin, sampai makan pun nak kena ade candle. Siang-siang pun candle light dinner.

Tapi, ade satu hadis berkaitan lalat nih.

Mengikut rekod Imam Bukhari daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad berkata, "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seprang daripada kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan sebelah sayapnya yang lain mempunyai racun." Hadis ni juga ade diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Sebelum ni, aku kalau lalat ni masuk dalam air, dengan air-air tu aku buang. Lalat kot...

Mengikut hadis tu, sayap lalat tu ade penawar, ade racun. So, kita pun tak tahu sebelah mana yang racun, sebelah mana yang penawar. Kalau korang perasan, lalat kalau jatuh dalam air, mesti senget sebelah. Satu sayap dia mesti dalam air. Korang tahu ke yang dalam air tu racun atau penawar? Sebab hadis tu suruh kita celupkan atau tenggelamkan dulu lalat tu kemudian keluarkan lalat tu sebab nak meneutralkan balik air tu. Bila dua-dua sayap dah tenggelam, air tu akan neutral semula. Takde la racun tu. Kalau yang tenggelam tu penawar, bila kita tenggelamkan lalat tu, tetap neutral air tu.

Kenapa dalam air? Mengikut kajian Luther S.West, lalat memerlukan air yang berterusan. Ini kerana lalat ni selalu mengeluarkan najisnya dalam bentuk cecair. Bila najis dia tu dah keluar, so, dia kena ganti dengan segera dengan air baru. Kalau lambat, tamat la riwayat lalat tu.

Seperti yang kita maklum, lalat pembawa penyakit kepada manusia. Memang tak disangkal lagi. Ade beberapa kajian yang telah dibuat oleh saintis barat mengenainya. Antaranya, kajian di Beijing pada tahun 1929 oleh H.Y Yao, I.C Yuan dan D. Huie mendapati bahawa bahagian luaran lalat mempunyai 3,683,000 kuman bakteria dan bahagian dalamannya mengandungi 6 hingga 8 kali ganda luarannya. Mak aiiii.. Banyak tu. Ade lagi kajian lain. Boleh Google ye.

"Dan pada sebelah sayapnya ada penawar". Ade penawar pulak? Ini boleh mengelirukan!! Jangan keliru. Ini ade kajiannya. Kajian mendapati bahawa ada kuman-kuman dan virus di dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. J.I. Duncan (1926) menemukan bahan-bahan aktif pembunuh bakteria dalam usus lalat rumah. Dan ade beberapa kajian lain.

"Maka celuplah lalat itu..." boleh dikatakan sebagai ikhtiar dan usaha yang betul bagi mengeluarkan penawar daripada lalat. Nabi Muhammad menggunakan istilah syifa' dengan maksud penawar. Kajian ke atas lalat Drosophilla oleh Profesor William L.Pak dari Universiti Purdue menemukan beliau dengan cara merewat penyakit kerosakan mata dan otak termasuk penyakit Alzheimer. Laporan ni ade dalam majalah National Academy of sciences, isu Nov. 9, 1999.

Menurut ustaz yang dalam Madrasah Al Hijrah tu, dia kata pakar bedah zaman Napolane yang namanya Larrey mendapati luka-luka cepat sembuh bila lalat yang berbentuk larva dicelup ke dalam luka. Teknik rawatan ni jugak pernah digunakan ke atas tentera-tentera yang cedera dalam perang dunia 1. Pakar bedah sering menggunakan larva bagi merawat radang tulang dan kematian sel.

Lihatlah apa yang ada pada seekor lalat. Binatang yang dilihat jijik. Tapi, hakikatnya hanya Allah yang mengetahui baik dan buruk setiap penciptaan Nya.

Seperti kita manusia juga, kita melihat seseorang itu hina dimata kita, tapi hakikatnya, Allah yang mengetahui. Mungkin dalam kehinaan mata kita, insan itulah yang lebih banyak berjasa dari kita. Renungkan kembali diri kita, agar kita mampu menghargai setiap ciptaan Allah yang Esa.

~ Terima Kasih Ya Allah...

3 comments:

  1. cakap pasal lalat teringt zaman sekolah dulu :) hehe

    ReplyDelete
  2. emy : mcm pengalaman best je.. cite la sikit.. :)

    ReplyDelete
  3. dah la zana panggil si syasya ni lalat..dose kan?hahaha

    ReplyDelete