Friday, December 14, 2012

‎"Apa aku buat?!!! "- Fadli Shas

Tiba-tiba je kena kad merah.. Ape hal?

Mesti ramai yang marah dan bengang bila tengok bola tadi kan..
Jantung macam nak luruh tengok setiap kali bola tu bertukar pemain.
Yang rasa nak sepak terajang Referee Korea tu tadi pun mesti ramai.
Huh!!! Nasib baik saya tak tengok.
Kalau tak.... #@$%^(*&$  hehehee..

Saya baca kat status kengkawan kat FB je.
Ramai yang menyuarakan rasa tak puas hati pada pengadil Piala Suzuki AFF hari ni.
Terutamanya yang muka macam K-Pop tu.
Katanya tak adil, berat sebelah.
Mana taknya, tiba-tiba Fadli Shas kena kuar padang.
Adoiiii!!!!

Akhirnya, hampa semuanya bila kalah Harimau Malaya.
Harimau tak mengaum. Tak sempat nak baham Gajah.
Kalah la Malaysia..

Sebenarnya, Team Harimau Malaya dah buat yang terbaik.
Alhamdulillah, adat pertandingan.
Ada yang menang, ada yang kalah. Mana boleh dua-dua menang dalam satu masa.
Allah tak izinkan Malaysia menang hari ni. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Tak apa, tahun depan boleh cuba lagi.
Mana yang tak puas hati, asyik nak kutuk player Malaysia tu kan...
Cuba tahun depan korang pulak main.
Nak tengok sket.. Menang ke tak..

Ada bran???? Hehehee


Friday, December 7, 2012

TAK DE KEJE

Assalamualaikum..

Haaaaaa.... Ni time keje ok..
Tajuk tu tak bermaksud saya tak buat keje ok.
Saya sebenarnya stress keje.
Entah kenapa seminggu dua ni jadi stress.
Oh.... Rasa nak resign je sekarang!!!
Tapi, tak boleh... Keje ok.. :D

Nasib baik kat ofis.
Kalau kat rumah, saya dah buat keje masa lapang saya..
Kalau lapang dan rajin sahaja,
Maka terhasil la......
Tadaaaaaaaaa...

Ni saya punya ye.. 

Saya letak saya punya Samsung Ace. 

Yang ni pulak, ada la kawan saya tempah suruh saya buat.
Ni kembar punya. Dia nak letak Samsung Galaxy Note dia.
Dah selamat sampai pada tuan dia.. :D

Sebenarnya, ada lagi yang mintak saya buat.
Tapi, saya tak sempat dan tak berapa rajin nak buat.
Nanti, kalau saya dah ada masa yang sangat fleksibel, saya akan buat ok.

----------------

Oh.. Saya stress!!!!

Wednesday, November 21, 2012

PAHLAWAN GAZA


Jom layan lagu ni...
GAZA, special fou you..

ADE AKU KESAH? Palestine....

Assalamualaikum...

Ha.. Tajuk tak la sentap mane.
Biasa la, aku ni bukan nye blogger famous.
Just nak luah-luah ape yg aku rase je kat sini.
Si Mekdi tu bagi beger free,
Ade Aku Kesah?
Tak mati pun tak makan beger Mekdi tu..
Setakat sebijik je pun..
Tapi, kalau dia nak bagi banyak2 bijik pun,
Ade Aku Kesah?

(tukar mode)

Apa yang aku kesah sangat ni.....
Saudara kita kat Gaza sana..
Bermati-matian pertahankan Palestin,
Bergolak gadai nyawanya..
Kena bom sana, kena bom sini,
Mana nak lari?
Mana nak sembunyi?

Israel Zionis Laknatullah tu..
Takkan pernah berhenti
Terus terusan menyeksa
Sasaran mereka kanak-kanak dan bayi..

Ya Allah.. Janji Mu pasti..
Palestin akan aman lagi
Syahid mereka pasti
Syurga Mu pasti menanti...

* Jom kawan-kawan.. Kita mungkin tak mampu nak bersama mujahideen Palestin di sana.
Tak mampu kita nak angkat senjata.. Tapi, kita mampu buat sesuatu. Tak apa kecik.. Tapi kalau bersatu, mereka Zionis Laknatullah tu pasti rebah.. Tunjukkan pada dunia, kita tak lemah.

#PrayForGaza



Thursday, November 8, 2012

AKU YANG BERDOSA

A'ah... Memang la aku berdosa.
Hari-hari buat dosa..
Ape? Korang tak berdosa ke?
Tak rasa diri tu banyak dosa?
Heheee..
Ape la aku merapu mengarut nih..
Takde, sekarang ni tengah giler layan lagu ni..

Rase insaf....

* Ala, bukan selalu dengor...

Monday, October 22, 2012

Harapan Yang Berbaki

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,
Masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat sehingga ke saat ini.
Dah lama tak update blog.
Bukan sibuk
Tapi ketiadaan mood untuk menulis.

2 bulan saat hilang pekerjaan....
Tak tahu mana nak tuju.
Pulang ke kampung halaman membawa diri.
Tanpa laptop, internet...
Niat di hati nak membawa diri.
Tanpa ada sebarang komunikasi dengan dunia luar.
Cukuplah kampung halaman.

2 bulan yang sepi.
Sebulan masa tersisa di hospital.
Sebulan itu Ramadhan..
Merasa nikmat berbuka, bersahur di pangkuan ayah.
Berbukanya tak mewah.
Bersahurnya tak megah.
Kekadang hanya kurma.
Cukuplah sekadar mengalas perut agar tak lemah.

Hari berganti hari..
Harapan menyambut lebaran di rumah tak terjangkau di fikiran.
Mungkin lebaran ini di hospital....
Namun, doa tetap berterusan.
Alhamdulillah....
2 hari sebelum Aidilfitri,
Ayah dibenarkan pulang..
Aidilfitri kami masih berseri..

Syukur....
Abah masih sihat hingga ke saat ini.

Meniti sebulan yang berbaki...
Mencari di setiap ruang yang tak pasti.
Hari berganti hari...
Poket makin kosong.
Wang yang berbaki mungkin sebulan bertahan.
Ibarat tiada harapan...
Cuba lagi..... Cuba lagi...

Allah Maha Kuasa..
Allah Maha Kaya..
Alhamdulillah.. Subhanallah..
Aku kembali..
Kembali jauh dengan yang kusayangi..
Demi mencari rezeki.
Yang halal buat kami.

Semoga restu ibu dan ayah
Sentiasa bersama.. Insya Allah...

*Gila ayat... Takmo la puitis gini..

Monday, July 9, 2012

SEPETANG AKU

Assalamualaikum..

Sepetang aku di rumah Allah
Ketenangan menyapa...
Keinsafan hadir.
Muhasabah bermula...
Mencari kesilapan semalam
Satu.. Dua.. Tiga.. Sehingga tak terkira.
Mencari yang hitam dalam diri sendiri!
Akulah yang berdosa
Yang sering lalai dan leka
Di buai indah dunia..


Monday, June 25, 2012

MEH LA BELI.. BEFORE 30 JUNE 2012

Assalamualaikum....

Lama sangat dah tak update.
Dah tak best blog ni.
Anyway, hari ni i update.
Tapi, i nak offer kat u all ni..
Barang baik, cantik, sedap di pakai...
Dan paling penting!!! Harga berpatutan.
Actually, i tolong kawan i jual this barang.
Barang ape.... JAPANESE COTTON..

Yang kat bawah ni, yang i dah beli dari kawan i.
Mula tu taknak la beli.
I ni, orgnye susah nak beli kain-kain ni..
Tapi, bila dah tengok... Semua nak beli.
At last, i beli la 3 pasang. Berbaloi.


So, you all, kalau minat, update la kt i sblm 30 Jun 2012.
Nanti, kita set appointment, i bawak semua kain, u all tgk je.
Kalau berkenan, bayar....
Harga tak mahal ye..
Tapi, i taknak bgtau harga kat sini... Tak SURPRISE la..
Takde la... Harga i bagi u all RM110.
Kalau u all tgk kat Azzara Cotton, diorng jual RM120.
Qualiti kalin, sama... :)
Pilihan di tangan anda....

Ni i bukak offer untuk you all yang duduk area KL/Selangor ek...
Kalau yg luar KL/Selangor, susah la sikit nak jumpe... :)
Tapi, i boleh post.. Kalau minat, nak tengok kain, bgtau i..
Nanti I upload.. kasi naik punya gambar..

Tapi ingat, SEBELUM 30 JUNE 2012.. Sementara stok masih ada!!!

*inbox2 la kalau berkenan... :)

Wednesday, March 21, 2012

Bila Kita Di Uji.. Carilah Kebahagiaan Itu

Assalamualaikum..

Rasa sudah agak lama tak menjenguk blog sendiri. Alasan biasa.. Bizi!!! (Ke buat-buat bizi?)
Mungkin juga tak ade idea apa yang nak dikongsikan. Bermain dengan ujian-ujian yang datang. Sepanjang menghadapi ujian-ujian itu, pasti ada hikmah disebaliknya.

Ramai yang bila ditimpa dengan ujian akan merasa resah, gundah, susah. Jarang sekali yang bersyukur bukan?


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" 
(Surah Al-Ankabut : Ayat 2) 


Jadi, di mana tahap kita? Kita semua diuji mengikut kemampuan kita. Semakin tinggi kedudukan kita, semakin kuat ujian Allah pada kita. Bukanlah Allah nak menyusahkan kita, tapi Allah rindu nak dengar rintihan hamba Nya yang sangat Dia sayang. Allah mahu kita lebih dekat dengan Nya. Tapi, ramai yang hakikatnya semakin jauh dengan Allah bila di uji. Manisnya sesebuah ujian itu bila kita semakin dekat dengan Allah. Manisnya sebuah ujian itu bila kita tanamkan rasa syukur dan sabar dalam hati kita. 


Bila bercakap soal ujian, ramai yang rasa hilang kebahagiaan apabila ditimpa ujian. Kebahagiaan hilang? Kebahagiaan itu tak kemana. Cuma saat itu kita yang buta. Mata hati kita saat itu ditutup dengan ujian yang datang. Jangan biarkan kebahagiian itu ditutupi dengan mata hati kita yang buta. 


Saat di uji, carilah kebahagiaan itu. Jika seorang peladang, membuat kerja rutinnya yang sama setiap hari, masih mampu tenang dan bahagia melakukan kerjanya tanpa sedikit rungutan, bagaimana pula kita? Kita yang lebih indah hidupnya, bekerja di pejabat, dengan suasana nyaman, tak perlu merasa terik panas mentari, juga tak merasa kebahagiaan itu. Amat rugi bagi kita.. Seharusnya bahagia kita lebih indah daripada seorang peladang. 


Cari kebahagiaan itu, cari.. Insya Allah.. Bersabar dan bersyukur dengan hidup dan ujian yang menimpa, pasti akan ketemu dengan kebahagiaan. 



Thursday, February 23, 2012

Air Mata Ini..

Assalamualaikum..

Rasa berat  nak menulis. Pelbagai isu yang timbul, masalah yang datang, dugaan yang mencabar. Namun, iman harus tetap kuat. Tetap harus berada di landasan yang benar. Kapal mula berkocak lagi. Menunggu saat akan karam lagi. Siapa yang akan meninggalkan kapal pelayaran ini? Atau semua masih tetap di sini?

Aku mula menangis! Menangis yang sungguh-sungguh. Aku tahu, tak kuat aku di sini. Tak kuat aku menghadapinya. Tapi, aku harus! Aku ada janji. Janji pada Rabbul Izzati. Sebelum aku menjejakkan kaki aku kesini lagi. Janji itu sudah terpatri.

Melihat satu persatu yang mengukir janji untuk terus bersama aku di jalan ini.. Pergi......... Mereka pergi. Jika kini kalian ingin aku pergi dari hidup kalian, mohon, buang terus aku dari hidup kalian. Walau hakikatnya, aku masih perlukan kalian. Tinggal aku lagi di sini.. Terus kuat. Sungguh, aku tak lagi kuat tanpa kalian disisi. Sungguh ya Allah, aku masih perlukan mereka! Bawa aku dekat kembali dengan mereka... Tapi, aku masih ada DIA.. Kini, aku bergantung harap pada Nya!

Tolong jangan hentikan air mata ini.. Kerana, aku mahu air mata ini terus mengalir, membasuh pedih di hati. Membawa cinta yang telah pergi.. Allahu Rabbi....

Tuesday, January 31, 2012

Anugerah Khas

"Anugerah khas ini jatuh kepada...... JOYAH bt JAMIL!!!"


Pasti gembira si JOYAH bila namanya diumumkan sebagai penerima anugerah khas di sebuah syarikat tempatan. Mukanya mula tersipu malu, mula tampak kemerahan di pipi JOYAH dengan tepukan gemuruh dari rakan sekerja lain. Tiada siapa yang dapat menyangkal keputusan dari pihak pengurusan tentang siapa yang bakal menerima anugerah itu. Sememangnya semua orang tahu si JOYAH itu memang layak menerimanya. Namun, tak kurang yang cemburu. Iya lah, mereka juga rasa mereka layak untuk terima anugerah itu. 


"Tak adil betul la BOS ni. Pilih kasih beb!" Bentak hati kecil seorang pekerja di syarikat tempat JOYAH bekerja. Namun, tak mampu di luahkan. Terpaksa redha menerima semuanya. 


JOYAH diminta memberi sedikit ucapan. 


"Terima kasih pada pihak pengurusan syarikat ni yang telah memilih saya menerima anugerah ni. Rasa macam tak caya je. Sebab ramai lagi yang layak untuk terima. Apa pun, ini mungkin menjadi penyuntik semangat buat kita semua untuk terus bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Anugerah ini bukan untuk saya sorang je, tapi untuk semua.. Insya Allah." Wah JOYAH! Tak macam artis pulak ucapan kau. 

****************

Assalamualaikum..

Cerita dan dialog di atas hanyalah rekaan aku semata. Tak ada kaitan sama ada yang hidup atau yang dah kembali ke rahmatullah. :)

Aku terfikir sejenak sebenarnya. Pagi tadi, semasa Morning Briefing (MB) di ofis, kami dimaklumkan akan ada setiap sebulan sekali perjumpaan semua staff untuk memaklumkan tentang prestasi syarikat dan penghargaan kepada staff yang prestasinya bagus pada setiap bulan. Bila aku dengar perkataan penghargaan, hati kecil aku senyum sendiri. Iya! Sekurang-kurangnya, ada yang nak melihat kerja keras kami.

Tapi, aku terhenti senyum sejenak. Bagaimana yang kerjanya keras, tapi tak dinilai dan tak dilihat oleh mereka yang menilai? Pasti ada yang terasa. Itu pasti terjadi. Terima saja. Tak susah bukan? Iya, mulut mudah bicara.. Hati pedih menerima.

******************

Semua orang dalam situasi begini mahu dipuji. Mahu diberi penghargaan. Itu kan salah satu motivasi yang berjaya. Sehingga, jika tak dipuji akan hilang semangat dan motivasi untuk terus ke depan. Tahu tak kalian semua, bila kita menerima sesuatu anugerah dan penghargaan itu, bermaksud satu amanah dan tanggungjawab itu semakin berat untuk kita pikul. Ha.... Ini bukan bermakna, yang tak menerima itu tak ada tanggungjawab. Ada!! Tetap sama. Cuma, orang akan menilai kita berbeza.

Cuba anda bayangkan, jika kali ini dia menerima penghargaan, pujian, tidak mungkin bulan depan dia mahu dikira sebagai pekerja paling teruk. Pasti mahu kekal juara, lebih, dan lebih lagi. Jadi, yang lain harus lebih kuat berusaha. Agar, dapat merebut gelaran itu pada masa akan datang. Ye tak?

Pujian, annugerah, penghargaan itu sebenarnya bukan segalanya dalam setiap detik kehidupan kita. Kita pasti sudah tahu apa tujuan hidup ini bukan? Lakukan kerana Allah, tak perlu lagi pujian, penghargaan dan anugerah. Kerja pun tenang, kalau ada teguran sentiasa berlapang dada, husnudzhon dalam setiap pemikiran. Jadi, kalau tak dipilih pekerja terbaik, pekerja cemerlang sekalipun tiada rasa gundah dan resah. Kerana yakin, nilaian di mata manusia itu tak lah sehebat nilaian di pandangan Allah. Cukuplah Allah yang menilai kita hebat! Ganjaran nya juga bukan setakat sijil, iphone, iPad dsb. Lebih dari itu. Nikmat yang tak terhingga.

Allahu Rabbi!!!

''Sesungguhnya, amalan-amalan itu tergantung niat, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai yang diniatkannya. Maka, barangsiapa niat hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya diterima Allah dan Rasul-Nya; dan barangsiapa yang niat hijrahnya untuk dunia yang akan diperolehnya atau wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya itu akan sampai pada yang diniatkannya.'' 
(HR Bukhari Muslim)

Monday, January 23, 2012

Air Mata Kesyukuran

Alhamdulillah, pagi-pagi tadi sudah gugur air mata tanda syukur ke hadrat Allah s.w.t.. Bukan mudah air mata ini mahu digugurkan. Perlu ada sebab yang harus.

Syukur kerana atas semua dosa yang telah aku lakukan, masih lagi diberi ruang dan peluang untuk aku terus merasai nikmat pemberian Allah. Masih diberi peluang untuk menyebut nama Mu ya Allah. Rasa sebuah ketenangan tatkala hati dibiarkan tunduk memuji kebesaran Allah. Terasa sebuah kedamaian yang jarang sekali singgah di sudut hati.

Syukur ya Allah, kerana masih mampu mengungkap kata cinta pada yang amat aku cinta. Syukur kerana masih mampu mengirim doa buat insan-insan yang istimewa di hati ku biar mereka tidak tahu. Dan syukur, masih ada yang menghargaiku selama hidup aku di dunia pinjaman Mu.

Ya Allah, Syukurku hanya pada Mu atas segala pemberian Mu.

Tuesday, January 17, 2012

Sungguh Ku Cemburu

Sungguh ku cemburu engkau bakal melangkah ke alam perkahwinan
Bukan cemburu kerana engkau menemui cinta terlebih dahulu
Tetapi...
Cemburu kerana kau bakal menyempurnakan separuh dari agamamu
Cemburu kerana setiap tindak baikmu terhadap pasanganmu bernilai ibadah
Cemburu kerana engkau berjaya menyempurnakan sunnah Rasul Mulia
Cemburu kerana engkau menjadi penyambung umat Nabi Muhammad

Sesungguhnya aku cemburu namun turut bahagia kerana
Syaitan bakal menangis melihat satu lagi pasangan dari kalangan hamba Mu
Mendirikan rumahtangga demi menggapai redha-Mu

Sesungguhnya hanya pada Mu aku berdoa dan berharap
Janji Mu itu pasti
Akan ku sabar menanti...

Assalamualaikum... 
Sengaja pembukaan nya aku buat begitu. Indah bukan? Tapi malangnya, bukan nukilan aku. (Copy je). Sambil aku melayan blog sahabat aku tadi, aku terjumpa bait-bait indah ni. Wah, dalam hati aku bicara, inilah yang aku pendamkan selama ini! 

Ye, memang la aku jelez bila sahabat aku dah nak kawin. Tak percaya? Ce tanye kawan-kawan aku yang dah kawin dan yang bakal kawin tu. Aku pernah cakap kat depa tu semua.. ULFA AMIN dan WAN RAMLAH.. I jelez dengan you all tau!!!

Penerus risalah nabi. Penyambung warisan anbiya.. Meramaikan umat Nabi Muhammad. Itulah harapan aku. Menanti Kau Pinang Daku Dengan Bismillah.. :)