Monday, January 23, 2012

Air Mata Kesyukuran

Alhamdulillah, pagi-pagi tadi sudah gugur air mata tanda syukur ke hadrat Allah s.w.t.. Bukan mudah air mata ini mahu digugurkan. Perlu ada sebab yang harus.

Syukur kerana atas semua dosa yang telah aku lakukan, masih lagi diberi ruang dan peluang untuk aku terus merasai nikmat pemberian Allah. Masih diberi peluang untuk menyebut nama Mu ya Allah. Rasa sebuah ketenangan tatkala hati dibiarkan tunduk memuji kebesaran Allah. Terasa sebuah kedamaian yang jarang sekali singgah di sudut hati.

Syukur ya Allah, kerana masih mampu mengungkap kata cinta pada yang amat aku cinta. Syukur kerana masih mampu mengirim doa buat insan-insan yang istimewa di hati ku biar mereka tidak tahu. Dan syukur, masih ada yang menghargaiku selama hidup aku di dunia pinjaman Mu.

Ya Allah, Syukurku hanya pada Mu atas segala pemberian Mu.

2 comments:

  1. 2 nikmat yg manusia sering lupa iaitu nikmat sihat dan masa lapang. (Peringatan bersama)

    ReplyDelete