Tuesday, January 31, 2012

Anugerah Khas

"Anugerah khas ini jatuh kepada...... JOYAH bt JAMIL!!!"


Pasti gembira si JOYAH bila namanya diumumkan sebagai penerima anugerah khas di sebuah syarikat tempatan. Mukanya mula tersipu malu, mula tampak kemerahan di pipi JOYAH dengan tepukan gemuruh dari rakan sekerja lain. Tiada siapa yang dapat menyangkal keputusan dari pihak pengurusan tentang siapa yang bakal menerima anugerah itu. Sememangnya semua orang tahu si JOYAH itu memang layak menerimanya. Namun, tak kurang yang cemburu. Iya lah, mereka juga rasa mereka layak untuk terima anugerah itu. 


"Tak adil betul la BOS ni. Pilih kasih beb!" Bentak hati kecil seorang pekerja di syarikat tempat JOYAH bekerja. Namun, tak mampu di luahkan. Terpaksa redha menerima semuanya. 


JOYAH diminta memberi sedikit ucapan. 


"Terima kasih pada pihak pengurusan syarikat ni yang telah memilih saya menerima anugerah ni. Rasa macam tak caya je. Sebab ramai lagi yang layak untuk terima. Apa pun, ini mungkin menjadi penyuntik semangat buat kita semua untuk terus bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Anugerah ini bukan untuk saya sorang je, tapi untuk semua.. Insya Allah." Wah JOYAH! Tak macam artis pulak ucapan kau. 

****************

Assalamualaikum..

Cerita dan dialog di atas hanyalah rekaan aku semata. Tak ada kaitan sama ada yang hidup atau yang dah kembali ke rahmatullah. :)

Aku terfikir sejenak sebenarnya. Pagi tadi, semasa Morning Briefing (MB) di ofis, kami dimaklumkan akan ada setiap sebulan sekali perjumpaan semua staff untuk memaklumkan tentang prestasi syarikat dan penghargaan kepada staff yang prestasinya bagus pada setiap bulan. Bila aku dengar perkataan penghargaan, hati kecil aku senyum sendiri. Iya! Sekurang-kurangnya, ada yang nak melihat kerja keras kami.

Tapi, aku terhenti senyum sejenak. Bagaimana yang kerjanya keras, tapi tak dinilai dan tak dilihat oleh mereka yang menilai? Pasti ada yang terasa. Itu pasti terjadi. Terima saja. Tak susah bukan? Iya, mulut mudah bicara.. Hati pedih menerima.

******************

Semua orang dalam situasi begini mahu dipuji. Mahu diberi penghargaan. Itu kan salah satu motivasi yang berjaya. Sehingga, jika tak dipuji akan hilang semangat dan motivasi untuk terus ke depan. Tahu tak kalian semua, bila kita menerima sesuatu anugerah dan penghargaan itu, bermaksud satu amanah dan tanggungjawab itu semakin berat untuk kita pikul. Ha.... Ini bukan bermakna, yang tak menerima itu tak ada tanggungjawab. Ada!! Tetap sama. Cuma, orang akan menilai kita berbeza.

Cuba anda bayangkan, jika kali ini dia menerima penghargaan, pujian, tidak mungkin bulan depan dia mahu dikira sebagai pekerja paling teruk. Pasti mahu kekal juara, lebih, dan lebih lagi. Jadi, yang lain harus lebih kuat berusaha. Agar, dapat merebut gelaran itu pada masa akan datang. Ye tak?

Pujian, annugerah, penghargaan itu sebenarnya bukan segalanya dalam setiap detik kehidupan kita. Kita pasti sudah tahu apa tujuan hidup ini bukan? Lakukan kerana Allah, tak perlu lagi pujian, penghargaan dan anugerah. Kerja pun tenang, kalau ada teguran sentiasa berlapang dada, husnudzhon dalam setiap pemikiran. Jadi, kalau tak dipilih pekerja terbaik, pekerja cemerlang sekalipun tiada rasa gundah dan resah. Kerana yakin, nilaian di mata manusia itu tak lah sehebat nilaian di pandangan Allah. Cukuplah Allah yang menilai kita hebat! Ganjaran nya juga bukan setakat sijil, iphone, iPad dsb. Lebih dari itu. Nikmat yang tak terhingga.

Allahu Rabbi!!!

''Sesungguhnya, amalan-amalan itu tergantung niat, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai yang diniatkannya. Maka, barangsiapa niat hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya diterima Allah dan Rasul-Nya; dan barangsiapa yang niat hijrahnya untuk dunia yang akan diperolehnya atau wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya itu akan sampai pada yang diniatkannya.'' 
(HR Bukhari Muslim)

No comments:

Post a Comment