Monday, October 22, 2012

Harapan Yang Berbaki

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,
Masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat sehingga ke saat ini.
Dah lama tak update blog.
Bukan sibuk
Tapi ketiadaan mood untuk menulis.

2 bulan saat hilang pekerjaan....
Tak tahu mana nak tuju.
Pulang ke kampung halaman membawa diri.
Tanpa laptop, internet...
Niat di hati nak membawa diri.
Tanpa ada sebarang komunikasi dengan dunia luar.
Cukuplah kampung halaman.

2 bulan yang sepi.
Sebulan masa tersisa di hospital.
Sebulan itu Ramadhan..
Merasa nikmat berbuka, bersahur di pangkuan ayah.
Berbukanya tak mewah.
Bersahurnya tak megah.
Kekadang hanya kurma.
Cukuplah sekadar mengalas perut agar tak lemah.

Hari berganti hari..
Harapan menyambut lebaran di rumah tak terjangkau di fikiran.
Mungkin lebaran ini di hospital....
Namun, doa tetap berterusan.
Alhamdulillah....
2 hari sebelum Aidilfitri,
Ayah dibenarkan pulang..
Aidilfitri kami masih berseri..

Syukur....
Abah masih sihat hingga ke saat ini.

Meniti sebulan yang berbaki...
Mencari di setiap ruang yang tak pasti.
Hari berganti hari...
Poket makin kosong.
Wang yang berbaki mungkin sebulan bertahan.
Ibarat tiada harapan...
Cuba lagi..... Cuba lagi...

Allah Maha Kuasa..
Allah Maha Kaya..
Alhamdulillah.. Subhanallah..
Aku kembali..
Kembali jauh dengan yang kusayangi..
Demi mencari rezeki.
Yang halal buat kami.

Semoga restu ibu dan ayah
Sentiasa bersama.. Insya Allah...

*Gila ayat... Takmo la puitis gini..

3 comments:

  1. tak apa kakzu..moga allah sentiasa menolong kakzu :)

    ReplyDelete
  2. hak... hak... ok je pica... ttbe je kuar ayat mcm tuh...

    ReplyDelete
  3. nangis a.samad said bace zue..tergugat die..keh88! joking k..take care n be strong..Allah sentiasa bersama hamba2 y sabar!!

    ReplyDelete